Saturday, September 29, 2012

Fokus utama AHF

Sebelum berakhirnya tahun 2013 ini nanti, AHF akan terus fokus dengan objektif perniagaan kami dalam memperluaskan perniagaan kami pada tahun ini dlm bidang:-

  • Makanan Halal & Ayam Segar
  • Trading
  • Construction
  • Etc


Ini akan dapat diperkukuhkan lagi dari semasa ke semasa. Perancangan 2013 juga akan kami buat supaya pada tahun hadapan semua nya berjalan lebih baik dan teratur. Semoga semakin berkembang dan bertambahlah rezeki serta projek yang akan masuk. InsyaAllah...

Pembentangan Bajet 2013

 
 
 
 
Pasti ramai golongan diluar sana sudah tersenyum sekarang ni, selepas pembentangan bajet 2013 oleh PM kt pada hari jumaat yang lepas. Dalam bajet 2013, dasar fiskal menjadi konsolidasi utama bagi menggerakkan ekonomi negara pada tahun 2013. Rata-rata golongan yang paling banyak mendapat peruntukkan adalah golongan tentera dan polis. Kerana mereka akan menjadi tonggak utama yang akan memastikan keselamatan negara..bila negara selamat barulah aktiviti ekonomi dan aktiviti lain dapat berjalan dengan baik dan aman. Pertahanan negara dipertingkatkan dari pelbagai sudut. Selain itu BR1M ver 2.0 juga diteruskan bagi meringakan beban rakyat golongan sederhana dan bawahan.
 
 
 
 
 
 
 
Malah BR1M telah diperluaskan kepada golongan bujang. Walaupun peruntukan adalah sebanyak RM250 sahaja setiap seorang sudah memadai bagi meringankan bebanan golongan bujang...tak kira tua atau muda.. Bantuan pendidikan RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah juga turut diteruskan malahan pelajar Pra Universiti dan Universiti mendapat peruntukan RM200 ke RM250 dalam bajet 2013. Dana belia negara juga turut ditambah lagi bagi membantu golongan muda yang ingin mendapatkan modal bagi mengembangkan dan memulakan perniagaan mereka. Bagi sektor perumahan negara, kontraktor yang mengambil alih projek perumahan terbengkalai akan mendapat banyak perlepasan cukai. Ia menguntungkan kedua-dua pihak pembeli juga kontraktor.
 
 
 
 
 
 
 
Apa pun objektif bajet 2013 ini, ia adalah bertujuan untuk menggalakkan pengaliran wang ke dalam ekonomi domestik, bagi mengurangkan masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi yang melanda banyak negara sekarang ini. Mudah-mudahan ia akan dapat menggerakkan ekonomi negara secara domestik. Tidak kiralah siapa yang bakal memerintah negara pada 2013 yang penting rakyat mendapat apa yang sepatutnya dan banyak lagi yang perlu mendapat perhatian dan keprihatinan dari pemimpin negara selepas ini bagi memperbaiki bajet pada masa akan datang. Ini supaya negara kita bersedia untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi nanti...Semoga negara Malaysia tercinta akan aman dan dilindungi Allah S.w.t. Aminn...!!
 
 


Sejarah perniagaan bermula...

Andrha Holding sebenarnya bukanlah asing dalam dunia perniagaan sebelum ini, namun pasti anda ingin mengetahui bagaimana kami bermula. Pada awal 90-an Andrha Family sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan. Banyak perniagaan kecil yang telah kamu buat...dari menjual pop corn, air, burger, ais kacang, tauhu goreng dan jagung pangang di tepi jalan semuanya itu sudah bermula. Saya pada ketika itu masih di bangku sekolah rendah. Tidak mengerti lagi dunia perniagaan walaupun perniagaan secara kecil-kecilan. Pada awal umur saya 10 Tahun Andrha Family pernah mengusahakan perniagaan menjual air soya asli dan masih panas lagi hanya dengan menggunakan motosikal yang dibantu oleh pakcik saya untuk menjualnya.
 
 
 
 Mendapat sambutan yang hangat, sentiasa habis...namun kadang kalanya ada juga waktunya rezeki kurang.. namun semuanya tergendala kerana faktor kurangnya modal pusingan dan tiada orang yang menguruskan sepenuh masa perniagaan kami. Selain itu Andrha Holding juga pernah memproses ikan salai segar untuk dijual di market, malahan ikan salai kami pernah sampai ke Qatar. Sekarang Andrha Holding sudah mula mengorak langkah kembali dalam dunia perniagaan sedikit demi sedikit, dengan menjadi penjual Ayam Halal segar di daerah kami. InsyaAllah akan datang akan diperluaskan lagi ke kawasan lain. Saya sendiri akan menjadi tonggak utama yang akan membawa hala tuju Andrha Holding lebih cerah dan lebih maju pada masa depan. Andrha Holding juga sudah meluaskan lagi perniagaan dalam bidang tekstil iaitu mengimport pakaian berjenama dan jaket-jaket yang sekarang mendapat sambutan yang amat baik. InsyaAllah selepas ini Andrha Holding akan mengorak langkah lebih teratur dan terjamin... doakan sama-sama.

Weekend of Andrha Family

Hehehe..lama dah ttak update blog, weekend smua orang sibuk nak hangout dgn friends and family. Same goes to us in Andrha Family, hahah hari minggu banyak spent pg rehat rehat dirumah jerr....petang biasanya untuk ambik barang dekat supplier..sambil kita sekeluarga makan angin...so buat dua kerja dalam 1 masa la..He...ok la tu kan...


This weekend sangat bzzzz cuz bz dgn nak pastikan barang sampai, amik order dll and cek barang sampai. Kita pun dah bl aisbox sebijik utk letak frozen food. Cuz sumtime stock xckp so kena simpan awal so perlu la sangat aisbox...lebih-lebih lagi musim perayaan. Lebih kurang macam ni la aisbox yang dah dibeli tu...

 
 
 
 

 

Thursday, September 20, 2012

Penubuhan blog Andrha Holding

Blog ini ditubuhkan untuk mengupdate perjalanan ANDRHA HOLDING bermula dari awal penubuhan sehinggalah pada masa akan datang. Blog ini akan menjadi rujukan sepanjang perjalanan syarikat dari kecik hinggalah menjadi besar nanti! inysyaAllah. Semoga penubuhan dan pelancaran page ini pada hari jumaat 21/9/2012 membawa lebih keberkatan kepada ANDRHA HOLDING.
 
Semalam 20/9/2012 adalah hari aku bersama bapa pergi ke pejabat Resident  dan sepatutnya ANDRHA HOLDING di daftarkan, namun demikian oleh kerana ada 1 document lagi yang kami perlukan, proses mendaftarkan terpaksa ditunda sementara melainkan telah mendapat surat kelulusan dari pihak Majlis Daerah kami. Kakak kaunter memberitahu bahawa dokumen kebenaran itu amat penting sebelum proses mendaftarkan nama syarikat diterima.
 
Okla...terpaksala, aku dan bapa balik dengan sedikit hampa namun tidak pernah terfikir dihati untuk berputus asa...bapa sedikit runsing..biasala orang tua..orang muda seperti aku yang masih kuat desire ni berkata kepada bapa " xapala yang penting kt pg pejabat berkenaan dan minta dokumen kelulusan mereka", namun bapa menolak utk terus ke pejabat berkenaan..kerana dia sendiri akan berjumpa dengan kawannya yang bekerja di pejabat tersebut terlebih dahulu bagi menanyakan prosedur menubuhkan dan mendaftarkan syarikat.. ok la..terpaksa la tunggu.

 
Walaupun kelmarin kedatangan kami sedikit hampa, namun x apa biasala dugaan kecik je tu...nak berjaya kena la rasa ujian sikit.. erm surfing punya surfing cari backgroun utk blog terpandang gambar owner syarikat fesyen terkenal ARMANI berdiri megah di sana sini di kota raya metropolitan. Sekarang mereka sudah pula melebarkan sayap ke bandaraya moden Islam, iaitu Dubai..Siap dah bukak cawangan hotel ARMANI dah kat situ...sambil aku membayangkan alangkah ...bangga dan seronoknya hati kalau suatu masa nanti ANDRHA HOLDING mampu berdiri megah seperti bangunan ARMANI ni nanti..InsyaAllah. Wpn banyak dugaan yang datang sebelum ni.. yang penting kena bersabar..
 

Bismillahirahmanirahimm..

Bismillahirahmanirahim pembuka bicara, SalallahualaMuhammad SallallahualaiWassalam pemanis kata....Semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dan lebih bermakna dari sebelumnya InsyAllah...