Andrha Holding sebenarnya bukanlah asing dalam dunia perniagaan sebelum ini, namun pasti anda ingin mengetahui bagaimana kami bermula. Pada awal 90-an Andrha Family sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan. Banyak perniagaan kecil yang telah kamu buat...dari menjual pop corn, air, burger, ais kacang, tauhu goreng dan jagung pangang di tepi jalan semuanya itu sudah bermula. Saya pada ketika itu masih di bangku sekolah rendah. Tidak mengerti lagi dunia perniagaan walaupun perniagaan secara kecil-kecilan. Pada awal umur saya 10 Tahun Andrha Family pernah mengusahakan perniagaan menjual air soya asli dan masih panas lagi hanya dengan menggunakan motosikal yang dibantu oleh pakcik saya untuk menjualnya.
Mendapat sambutan yang hangat, sentiasa habis...namun kadang kalanya ada juga waktunya rezeki kurang.. namun semuanya tergendala kerana faktor kurangnya modal pusingan dan tiada orang yang menguruskan sepenuh masa perniagaan kami. Selain itu Andrha Holding juga pernah memproses ikan salai segar untuk dijual di market, malahan ikan salai kami pernah sampai ke Qatar. Sekarang Andrha Holding sudah mula mengorak langkah kembali dalam dunia perniagaan sedikit demi sedikit, dengan menjadi penjual Ayam Halal segar di daerah kami. InsyaAllah akan datang akan diperluaskan lagi ke kawasan lain. Saya sendiri akan menjadi tonggak utama yang akan membawa hala tuju Andrha Holding lebih cerah dan lebih maju pada masa depan. Andrha Holding juga sudah meluaskan lagi perniagaan dalam bidang tekstil iaitu mengimport pakaian berjenama dan jaket-jaket yang sekarang mendapat sambutan yang amat baik. InsyaAllah selepas ini Andrha Holding akan mengorak langkah lebih teratur dan terjamin... doakan sama-sama.

No comments:
Post a Comment