Saturday, September 29, 2012

Pembentangan Bajet 2013

 
 
 
 
Pasti ramai golongan diluar sana sudah tersenyum sekarang ni, selepas pembentangan bajet 2013 oleh PM kt pada hari jumaat yang lepas. Dalam bajet 2013, dasar fiskal menjadi konsolidasi utama bagi menggerakkan ekonomi negara pada tahun 2013. Rata-rata golongan yang paling banyak mendapat peruntukkan adalah golongan tentera dan polis. Kerana mereka akan menjadi tonggak utama yang akan memastikan keselamatan negara..bila negara selamat barulah aktiviti ekonomi dan aktiviti lain dapat berjalan dengan baik dan aman. Pertahanan negara dipertingkatkan dari pelbagai sudut. Selain itu BR1M ver 2.0 juga diteruskan bagi meringakan beban rakyat golongan sederhana dan bawahan.
 
 
 
 
 
 
 
Malah BR1M telah diperluaskan kepada golongan bujang. Walaupun peruntukan adalah sebanyak RM250 sahaja setiap seorang sudah memadai bagi meringankan bebanan golongan bujang...tak kira tua atau muda.. Bantuan pendidikan RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah juga turut diteruskan malahan pelajar Pra Universiti dan Universiti mendapat peruntukan RM200 ke RM250 dalam bajet 2013. Dana belia negara juga turut ditambah lagi bagi membantu golongan muda yang ingin mendapatkan modal bagi mengembangkan dan memulakan perniagaan mereka. Bagi sektor perumahan negara, kontraktor yang mengambil alih projek perumahan terbengkalai akan mendapat banyak perlepasan cukai. Ia menguntungkan kedua-dua pihak pembeli juga kontraktor.
 
 
 
 
 
 
 
Apa pun objektif bajet 2013 ini, ia adalah bertujuan untuk menggalakkan pengaliran wang ke dalam ekonomi domestik, bagi mengurangkan masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi yang melanda banyak negara sekarang ini. Mudah-mudahan ia akan dapat menggerakkan ekonomi negara secara domestik. Tidak kiralah siapa yang bakal memerintah negara pada 2013 yang penting rakyat mendapat apa yang sepatutnya dan banyak lagi yang perlu mendapat perhatian dan keprihatinan dari pemimpin negara selepas ini bagi memperbaiki bajet pada masa akan datang. Ini supaya negara kita bersedia untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi nanti...Semoga negara Malaysia tercinta akan aman dan dilindungi Allah S.w.t. Aminn...!!
 
 


No comments:

Post a Comment