Blog ini ditubuhkan untuk mengupdate perjalanan ANDRHA HOLDING bermula dari awal penubuhan sehinggalah pada masa akan datang. Blog ini akan menjadi rujukan sepanjang perjalanan syarikat dari kecik hinggalah menjadi besar nanti! inysyaAllah. Semoga penubuhan dan pelancaran page ini pada hari jumaat 21/9/2012 membawa lebih keberkatan kepada ANDRHA HOLDING.
Semalam 20/9/2012 adalah hari aku bersama bapa pergi ke pejabat Resident dan sepatutnya ANDRHA HOLDING di daftarkan, namun demikian oleh kerana ada 1 document lagi yang kami perlukan, proses mendaftarkan terpaksa ditunda sementara melainkan telah mendapat surat kelulusan dari pihak Majlis Daerah kami. Kakak kaunter memberitahu bahawa dokumen kebenaran itu amat penting sebelum proses mendaftarkan nama syarikat diterima.
Okla...terpaksala, aku dan bapa balik dengan sedikit hampa namun tidak pernah terfikir dihati untuk berputus asa...bapa sedikit runsing..biasala orang tua..orang muda seperti aku yang masih kuat desire ni berkata kepada bapa " xapala yang penting kt pg pejabat berkenaan dan minta dokumen kelulusan mereka", namun bapa menolak utk terus ke pejabat berkenaan..kerana dia sendiri akan berjumpa dengan kawannya yang bekerja di pejabat tersebut terlebih dahulu bagi menanyakan prosedur menubuhkan dan mendaftarkan syarikat.. ok la..terpaksa la tunggu.
Walaupun kelmarin kedatangan kami sedikit hampa, namun x apa biasala dugaan kecik je tu...nak berjaya kena la rasa ujian sikit.. erm surfing punya surfing cari backgroun utk blog terpandang gambar owner syarikat fesyen terkenal ARMANI berdiri megah di sana sini di kota raya metropolitan. Sekarang mereka sudah pula melebarkan sayap ke bandaraya moden Islam, iaitu Dubai..Siap dah bukak cawangan hotel ARMANI dah kat situ...sambil aku membayangkan alangkah ...bangga dan seronoknya hati kalau suatu masa nanti ANDRHA HOLDING mampu berdiri megah seperti bangunan ARMANI ni nanti..InsyaAllah. Wpn banyak dugaan yang datang sebelum ni.. yang penting kena bersabar..

No comments:
Post a Comment